Sabtu, 11 Mac 2017

Jenis-Jenis Coklat


Terdapat pelbagai jenis coklat dengan rasa coklat dan cara penyediaan yang berbeza. Pasaran international banyak memperkenalkan jenis coklat kerana skop pasaran dan pemintaan yang tinggi seluruh dunia. Tetapi di Malaysia hanya beberapa jenis sahaja yang di pasarkan mengikut selera dan permintaan masyarakat tempatan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis coklat, rasa coklat, kelas coklat, ramuan coklat dan sebagainya.

Berikut adalah jenis coklat yang popular digunakan untuk masakan dan coklat buatan tangan:

Coklat Couverture

Coklat Couverture atau coklat tulen adalah sejenis coklat yang berkualiti tinggi, coklat ini mengandungi lemak coklat atau lemak koko yang tinggi menjadikan ia sejenis coklat yang sensitif kepada suhu. Coklat converture perlu dicairkan dengan suhu 43 darjah celcius kebawah. Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan rasa dan kepekatan coklat cair yang terhasil, ia merupakan coklat yang paling sedap tetapi agak sukar untuk dikendali kan. Biasanya digunakan untuk homemade coklat.

Coklat Compound

Coklat Compound atau coklat kompaun mempunya mentega koko yang agak tinggi. Terdapat 3 jenis coklat kompaun iaitu Dark Coklat, Milk Coklat, dan White Coklat. Setiap jenis mempunyai rasa yang berbeza dengan kegunaan yang berbeza:



Dark Coklat atau coklat gelap mempunyai perisa coklat yang sangat sedap dan sesuai digunakan dalam masakan. Ia mengandungi mentega koko, gula dan lesitin.



Milk Coklat atau coklat susu sesuai digunakan untuk coklat buatan tangan atau homemade coklat. Ini adalah jenis coklat yang tidak sesuai digunakan dalam masakan. Ia mengandungi 20 peratus mentega koko, likor koko, gula, pepejal susu, vanila dan lesitin. Coklat jenis ini sering digemari oleh kanak-kanak kerana manis dan kandungan susu menjadikan rasa lebih lembut. Coklat susu mudah hangus bila dicairkan kerana kandungan coklat nya sedikit relatif.


White Coklat atau coklat putih sesuai digunakan untuk coklat buatan tangan tetapi coklat putih hanya digunakan untuk dekorasi dan hiasan. Produk coklat akan lebih berseri dengan perbezaan warna coklat putih berbanding warna coklat lain. Jenis coklat ini perlu dicairkan dengan berhati-hati kerana ia mengandungi lemak coklat yang sedikit. Ia terdiri daripada mentega koko, pepejal susu, gula, vanila dan lesitin. Warna putih terhasil kerana coklat ini tidak mempunyai likor koko, itulah bezanya dengan coklat susu.

 Terdapat juga beberapa jenis coklat lain yang digunakan di Malaysia:

Coklat Tawar
Coklat Tawar mengandungi 30 hingga 70 peratus massa coklat menjadikan jenis coklat ini sesuai digunakan untuk kuih, kek, dan makanan ringan yang lain.

Coklat Koko
Coklat koko dibuat dari massa koko setelah lemak coklat dipisahkan. Jenis coklat ini mudah didapati dan mudah dikendalikan

Coklat Cair
Coklat cair merupakan produk minuman coklat yang mengandungi massa koko dan kandungan gula yang tinggi. Minuman coklat ini menigkatkan berat badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan