Tentang

Bismillaahirrahmaanirrahiim....
Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anachocolicious Homemade Coklat & Pastry mula ditubuhkan pada November 2016.
Ini adalah inisiatif saya sebagai pemililik bagi memperluaskan pasaran produk secara
online mahupun offline.Memandangkan permintaan untuk produk homemade & bakeri meningkat dan sentiasa dicari orang setiap hari.

Kami juga menyediakan khidmat tempahan doorgift untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan